PETAK BERMUSIM
TERMA & SYARAT
KLIK DISINI bagi jenis-jenis perniagaan yang wajib membeli petak bermusim
PERMOHONAN BARU
- Permohonan hendaklah dibuat melalui Aplikasi MBJBSpot dengan memilih fungsi LOT RENTAL
- Pemohon perlu sertakan gambar / dokumen berikut:
- Bagi pemohonan yang telah diluluskan, pemohon perlu membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh diluluskan.
- Permohonan adalah tertakluk kepada perniagaan dalam kategori yang dibenarkan. Sila rujuk disini untuk maklumat lanjut.
- Status pemohonan akan mengambil masa dalam tempoh 14 hari bekerja untuk pemeriksaan tapak oleh pihak MBJB dan dalam tempoh tersebut status pemohon di dalam Aplikasi MBJBSpot adalah “In Process”. Lihat Contoh
-
Setiap status akan dikemaskini setelah disemak oleh pihak MBJB :
- Status “In Process” berubah kepada “In Process (Inspected)” bagi permohonan yang sedang disemak oleh pihak MBJB. Lihat Contoh
- Status “In Process” berubah kepada “Approved” bagi permohonan yang telah diluluskan dan seterusnya pemohon perlu membuat pembayaran mengikut jumlah yang tertera di setiap permohonan dalam aplikasi MBJBSpot. Lihat Contoh
- Status “Approved” berubah kepada “Active” setelah pembayaran dijelaskan & tarikh mula sewaan petak adalah mengikut tarikh pembayaran dibuat. Lihat Contoh
- Status “In Process” berubah kepada “Incomplete” (berserta sebab) bagi permohonan yang tidak lengkap. Lihat Contoh
- Status “Expired” dan “Approved” berubah kepada “Terminated” bagi permohonan yang menolak untuk membuat pembayaran.
- Status “In Process” berubah kepada “Rejected” (berserta sebab) bagi permohonan yang tidak diluluskan. Lihat Contoh
- PERMOHONAN RAYUAN
- KADAR BAYARAN SEWAAN
- PENYEDIAAN PETAK BERMUSIM
- Pihak MBJB akan memastikan petak-petak yang disewa dicat mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
- TANGGUNGJAWAB PENYEWA
- Penyewa bertanggungjawab memastikan petak yang disewa tidak disalahgunakan bagi tujuan lain selain daripada tempat meletakkan kenderaan atau tujuan yang telah diluluskan oleh pihak MBJB.
- Tempoh kegunaan petak yang disewa adalah terhad dibenarkan bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari Sabtu hingga Khamis) sahaja.
- Penyewa dilarang menghalang pengguna-pengguna lain untuk menggunakan petak letak kereta berkenaan di luar tempoh waktu yang dibenarkan.
- MEMBATALKAN KELULUSAN SEWAAN PETAK LETAK KERETA BERMUSIM ATAS SEBAB-SEBAB BERIKUT :
- Penyewa tidak membayar sewa petak pada tarikh yang ditetapkan.
- Penyewa melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh MBJB.
- MBJB mendapati kemudahan seumpama ini perlu dihentikan atas sebab-sebab keselamatan, kesibukan lalu lintas dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu dan munasabah. Dalam hal ini penyewa akan dimaklumkan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tindakan pembatalan dibuat.
- MENAMATKAN PENYEWAAN PETAK LETAK KERETA MUSIM
- PINDAAN SYARAT
- MBJB dari semasa ke semasa berhak meminda, menambah atau memansuhkan mana-mana syarat kemudahan sewaan petak letak kereta bermusim apabila difikirkan perlu.
- LAIN-LAIN
- MBJB tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kereta yang diletakkan di petak bermusim atau lain-lain kegunaan petak tanpa izin penyewa.
- MBJB tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan kepada mana-mana kenderaan atau kelengkapan yang terletak dipetak yang disewa.
- TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 39, AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN AKAN DIAMBIL SEKIRANYA SYARAT-SYARAT BERIKUT GAGAL DIPATUHI.
- Penyewa tidak dibenarkan sama sekali membina struktur 'ramp' yang mengambil tempat turapan sesuatu jalan (memasuki rizab jalan).
- Parit sedia ada tidak di benarkan untuk di tutup dan memastikan aliran air di dalam parit tersebut bergerak lancar.
- Penyediaan luring bagi tujuan penyelenggaraan / pembersihan parit tersebut hendaklah di sediakan mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Awam.
- Kaki lima atau siar kaki di premis tidak di benarkan mengubah fungsi dan kecerunan asalnya.
- Sekiranya syarat berikut gagal di patuhi, tindakan di bawah Seksyen 39(2), Akta Jalan, Parit dan Bangunan akan di ambil.
- TINDAKAN DI BAWAH PERINTAH LALULINTAS JALAN (PERUNTUKKAN TEMPAT LETAK KERETA ) MBJB 2003 (PINDAAN) 2020 BAGI MANA-MANA KESALAHAN BERIKUT :
- Tidak dibenarkan meletak, menyebabkan, membenarkan mana-mana kenderaan bermotor diletakkan atau menunggu dimana-mana tanah bangunan, jalan, mana-mana bahagian jalan melainkan tempat letak kereta yang telah dikhaskan.
- Tidak dibenarkan membuat halangan Petak selain daripada petak yang telah dikhaskan, pemasangan khemah di tempat letak kereta perlu mendapatkan kelulusan permit khemah di jabatan perlesenan.
- Tidak dibenarkan menyalahguna petak letak kereta untuk tujuan selain daripada tempat meletakkan kenderaan atau tujuan yang telah diluluskan oleh MBJB.
- Tidak boleh menuntut sebarang bayaran balik caj petak sekiranya dibatalkan kelulusan disebabkan penyelenggaraan syarat dan undang-undang MBJB.
- Majlis Bandaraya Johor Bahru berhak membatalkan sewaan serta merta sekiranya didapati pihak tuan melanggar syarat-syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.