PETAK SEMENTARA
TERMA & SYARAT
KLIK DISINI bagi Kadar Bayaran Mengikut Penggunaan
- PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah dibuat melalui Aplikasi MBJB Spot dengan memilih fungsi LOT RENTAL.
- Pemohon perlu masukkan nombor Lesen/Permit yang sah.
- Pemohon perlu sertakan gambar atau dokumen berikut :
- Salinan Permit Perniagaan MBJB yang sah tempohnya. Lihat Contoh
- Gambar Lesen/Permit yang sah tempohnya.
- Gambar Petak/Premis/Tong Roro.
- Setelah Pembayaran berjaya dibuat status permohonan akan menjadi ACTIVE.
- Keputusan MBJB adalah Muktamad.
- TANGGUNGJAWAB PENYEWA
- Penyewa bertanggungjawab memastikan petak yang disewa tidak disalahgunakan bagi tujuan lain selain daripada tempat meletak kereta atau tujuan yang diluluskan oleh pihak MBJB.
- Jangka masa sah penggunaan harian petak yang disewa adalah di antara jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang (Sabtu hingga Khamis).
- Penyewa dilarang menghalang pengguna-pengguna lain untuk menggunakan petak letak kereta berkenaan di luar tempoh waktu yang dibenarkan.
- MEMBATALKAN KELULUSAN SEWA PETAK SEMENTARA
- Penyewa melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan oleh MBJB.
- MBJB mendapati kemudahan seumpama ini perlu dihentikan atas sebab-sebab keselamatan, kesibukan lalulintas dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu dan munasabah. Dalam hal ini penyewa akan dimaklumkan sekurang-kurangnya satu hari sebelum tindakan pembatalan dibuat satu hari sebelum tindakan pembatalan dibuat.
- PINDAAN SYARAT
- MBJB dari semasa ke semasa berhak meminda, menambah atau memansuhkan mana-mana syarat kemudahan sewaan petak apabila difikirkan perlu.
- LAIN-LAIN
- MBJB tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kenderaan yang diletakkan di petak yang disewa atau lain-lain kegunaan petak tanpa izin penyewa.
- MBJB tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan kepada mana-mana kenderaan atau kelengkapan yang terletak dipetak yang disewa.
MBJB berhak membatalkan kelulusan sewaan petak sementara atas sebab-sebab berikut :