TERMA DAN SYARAT BAGI PERMOHONAN KELULUSAN EJEN DIGITAL


  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui Aplikasi MBJBSpot dengan memilih fungsi Profile. (Rujuk panduan permohonan).
  2. Pemohonan perlu disertakan sesalinan Lesen Perniagaan SSM yang sah tempohnya. (Lihat Contoh)
  3. Minimum Tambah Nilai yang ditetapkan adalah RM500.00 dan tiada had maximum.
  4. Pada bila-bila masa juga pihak syarikat berhak meminda minimum tambah nilai ini daripada RM500.00 kepada Nilai yang lebih tinggi.
  5. Setiap ejen yang diluluskan akan diberikan komisyen sebanyak lima peratus (5%) daripada setiap tambah nilai.
  6. Tambah Nilai yang dibeli tidak boleh dikembalikan (non-returnable), tidak boleh dibayar balik (non-refundable) dan tidak boleh ditukar ganti (non-exchangeable).
  7. Setiap Ejen yang telah mendapatkan kelulusan akan dibekalkan papan tanda yang perlu dijaga dengan baik dan dipaparkan dihadapan premis perniagaan.
  8. Status Permohonan akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari bekerja untuk semakan syarikat.
  9. Syarikat boleh pada bila-bila masa membatalkan perlantikan dan mengambil tindakan bersesuaian kepada ejen yang didapati tidak sesuai/melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
  10. Sebarang urusan promosi tambahan adalah tertakluk sepenuhnya kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat.
  11. Kelulusan daripada Syarikat adalah muktamad.
  12. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui support@presgogateways.com atau Telegram